Setiap minggu, dua orang pelajar Kolej Seni dan Reka Bentuk di Columbus akan melakukan rusuhan kesenian di kolej mereka.
Mendengar perkataan rusuhan kesenian mesti pembaca tepinga-pinga perkara apakah itu. Jom ketahui apakah perkara menarik yang dilakukan oleh mereka.
Pelajar yang tidak dikenali itu yang menggelar diri mereka sebagai Dangerdust (debu bahaya) akan menyelinap masuk ke dalam bilik darjah setiap minggu dan memhasilkan karya seni yang mengagumkan dengan hanya menggunakan kapur.
Dua orang pelajar senior itu yang dalam jurusan Pengiklanan dan Reka Bentuk Grafik melakukan perkara tersebut adalah bagi membuktikan bahawa mereka itu benar-benar bersemangat dalam bidang yang diceburi oleh mereka.
Jom saksikan karya-karya seni misteri yang dilukis oleh mereka dengan hanya menggunakan kapur sahaja. - Siakapkeli.com.my
Kebiasaanya mereka mencipta karya-karya itu pada sebelah malam Ahad ataupun Isnin. |
Pertama, mereka memilih sebuah bilik darjah kosong. |
Seterusnya, mereka memulakan karya mereka. |
Setiap karya akan disiapkan dalam satu malam sahaja. |
Walaupun beberapa karya-karya mereka memerlukan sehingga 11 jam untuk disiapkan. |
Mereka memilih kata-kata semangat, membuat lakaran, kemudian mulakan lukisan. |
Mereka berdua telah memetik kata-kata semangat dari orang yang berbeza-beza. |
Antara kata-kata semangat yang diambil adalah daripada Bill Cosby, Nelson Mandela, Banksy, Tavi Gevinson, dan lain-lain. |
Selain itu kata-kata dari Dr. Seuss juga digunakan sebagai inspirasi |
Dengan hanya menggunaka kapur yang boleh dibeli dengan nilai tiga ringgit sahaja mereka melakar sesuatu yang mendalam maksudnya. |
Kredit: Dangerdust
www.siakapkeli.com.my
No comments:
Post a Comment